Lama dah rasanya tak menulis. Masa ada, tapi kemudahan pulak tak cukup. Bila kemudahan cukup, masa pulak takder... Jadi semua serba salah (eh, nyanyi plak...hihi)
gambar tipu-tipu...hihi. |
Pertamanya aku syukur sangat-sangat sebab dah sampai Kuala Kangsar. Destinasi penempatan klinikal aku yang kedua untuk semester nih setelah sebulan menyelerakkan Pejabat Kesihatan Daerah Kerian, Parit Buntar.
Korang nak tau kali ni aku posting (penempatan klinikal) kat unit mana?
Hrmm... kalau tak nak tau pun, nak bagitau jugak..hihi. Sekarang ni aku kat Unit Dewan Bersalin Hospital Kuala Kangsar. Semalam dah lapor diri kat Penyelia Hospital, Matron dan Sister. Pastu dibawa pusing-pusing melawat seluruh dewan bersalin dan wad O&G sebagai memenuhi sesi orientasi. Semua ok jer la kot.. insyaAllah.
Apa cerita pasal resepi orang bujang ni yer? ^_^
Ceritanya bukan la apa sangat.Cumanya nak kongsi-kongsi cerita jer tentang hari pertama menginap kat asrama hospital ni.
Terima kasih kepada matron dan penyelia asrama sebab sediakan kami tempat sebegini selesa. Semua kelengkapan cukup. Siap dengan barang dapur lagi.
Hah! Barang dapur?
Ting ting ting!!! Idea mula timbul macam cendawan tumbuh lepas hujan...hihi
Kitorang pun gunalah kepakaran yang ada untuk membuka segala laci, periuk belanga, pinggan mangkuk yang ada. Nak kata barang cukup, tak lah cukup sangat. Jadi untuk penambahan terpaksalah pergi ke kedai berdekatan, topup yang mana perlu di topup.
Lepas maghrib... OPERASI BERMULA!!!
Ketung ketang ketung keting!!! bunyi dentuman senduk bertembung dengan dinding periuk/kuali...
Bahan-bahan..hentam saja lah. Resepi..hentam saja lah. Jadi ker? Hentam saja lah labuuu..........
Akhirnya, resepi yang siap terhidang untuk dijamukan kepada perut kami yang kosong adalah:
- Nasi putih..
- Ikan sardin (modified edition).. ^_^
- Telur dadar pucat..
- Sayur masak air (saiz kubis yang telah dihiris, sebesar tapak tangan) hik3...
Ok ker? Kan dah cakap tadi, hentam sajalah... hehe.
Itulah dia cerita tentang resepi orang bujang. Sedap tak sedap, itu cerita nombor last. Yang penting, semuanya telah disapu bersih tanpa meninggal sebarang bekas. Termasuk teh o yang aku buat...hihi. Pandai buat air ni, ada chan jadi suami orang pulak kot. hak3... ^_^
Korang pun mesti ada jugak cerita-cerita tentang resepi orang bujang ni kan?
Benda macam ni bez sebab nanti bila dah hidup berkeluarga kelak, kita akan ingat balik zaman muda kita dulu. Kompem tergelak. Mula la teringat nak jumpa balik kawan-kawan lama.
Dulu makan tak seberapa..perut kempis jer. Nanti dah makan hasil air tangan zaujah, perut pun dah makin maju ke hadapan. Mengorak langkah menuju wawasan 2020. hehe...
Tu jer untuk kali ni.
Jom komen sikit! Kita pakat-pakat kongsi cerita... ^_^
Wallahua'lam...
~perisaimahkota
13 comments:
hhahaa~ *gelak guling2!lucu btol entri ni.. :D
waa..nmpak menyelerakan aje mknn kat gmbar tu..he2
p/s : errr....saiz kubis yang telah dihiris, sebesar tapak tangan??? hahah~ tape..hentam ajela... :)
hehe.. tu baru bace cter jer. Klau turut skali mkn, agak2 trgolek2 x bangun2... hik3 ^_^
وعليكم السلام ورحة الله
Biasalah orang muda kan! Masak paling simple sekali..
nmpk simple, tapi menarik juga. lagi2 kalau lauk sardin tu kita letak cili api banyak2...terangkat kan?
ummi ada resepi yg mudah juga. namanya "Telur Bingkisan Rindu". Boleh tgk blog ummi, cari kat resepi atau makan2. okey? hehe
bukan setakat guling la gelak bace post ni.hahaha.
bagus bagus,atleast ade usaha jugak utk dptkan sesuap nasi walaupun berlaukkan kubis besar tapak tgn.
xboleh bayang mcm mne.hihi
Ustz Razak: hehe..ustz msti lg brpengalaman... ^_^
Ummi Auni: wah..nama pn dh mnarik! boleh cuba nih..hehe. pasni bunyi ktung ktang lg la dpur tu...hik3
Livestrong: bkn ssuap jer, brsuap2 dh dpt. ^_^ klau xleh bayang, jgn bayang. bahaya... hik3
wohooo.... ni la resepi org bujang plg boombastik.... bukan senang nak memucatkan telur dadar apatah lagi nak hiris kubis sekecil tepak tangan (nyiru saya tadahkan...eh..silap..gurau aje no) hehe....
kreatif..kreatif
next time bley la share resipi lg ^_^
hehe... xde hal. Janji semua dh selamat disapu.
Tp menu semalam dh upgrade ckit dh. Ikan goreng, ikan singgang dengan sayur goreng (kacang pnjang). ^_^
Slllrrpp!!!
sambal belacan mana????
hehe
hehe.. x trmasuk dlm snarai ler..
sama ada x reti bt atau mmg xnk bt. wallahua'lam.. kne tanye shef. hik2
sat lagi,bolehla buat link utk resepi org bujang pulakk.
kan?kan?
hrmm... boleh dfikirkan..hik2 ^_^
hahhahahaaa..memang lucu sgt2..tergolek-golek duk gelak sorg2 ng spngebob.entry paling lucuk..terbaik encek iklil hafriz.yang xleh tahan tang kobis tuh.hik3..adeh! saket perut!huhuhuu..
Post a Comment