Suka hati aku la nak sambut ker tak... Kau peduli apa?
Ada aku kacau rumah tangga kau? ada aku selak kain kau? Ada aku makan karipap kau?
Tak der kan? So... kenapa sibuk sangat nak ganggu hal aku?
Aku bukan nak sambut Valentine's Day. Aku hanya nak sambut hari kekasih jer sebab aku sayangkan kekasih aku. Ini bukti bahawa aku benar-benar cintakan dia. Kau apa tahu? Kau jeles sebab takder siapa yang nak kat kau kan? hahaha... @$?*&^%!!!
Deshummm!!! tiba-tiba bunyi burung gagak eksiden dengan tiang lampu jalan. Mungkin burung tu berangan jugak nak sambut hari kekasih.. ^_^ dan secara spontannya, wajah pemuda ciptaan aku lenyap dari pandangan mata bersama kekasih hatinya... ~tammatlah kisah khayalanku. hehe...
Salamullahi'alaikum...
Salam pena, salam muhasabah dan salam mujahadah...
Waktu duk jalan-jalan sekitar dunia blog ni, aku perasan banyak jugak la blog yang buat entri tentang Valentine's Day. Rata-rata mereka berkongsi fakta dan pendapat berkenaan cerita sebenar di sebalik hari kekasih. Kemudian disertakan dengan beberapa dalil yang mengharamkan sambutan tersebut.
Selain itu, majlis mufti kebangsaan pun dah menfatkwakan secara jelas dan telah bersepakat mengharamkan sambutan tersebut bagi seluruh muslim di Malaysia (tak termasuk non-muslim). Tak kira yang baru berkasih-kasihan, atau bertunangan mahupun yang dah berumah tangga.
Jelas hukumnya HARAM kan?
Oleh kerana dah ramai sangat yang cerita pasal tu, aku tak nak lah buat cerita sama. Nanti jemu pulak orang baca..hihi. Apa yang penting, kita sampai-sampaikan.
Walaupun sepotong ayat yang kita sebarkan, ia akan berantaian dan terus berantaian ke seluruh pelusuk alam. Bayangkan betapa ramainya anak Adam dan ummat Muhammad SAW yang akan mendapat faedah dari hanya sepotong ayat yang kita sebarkan. Yang untungnya? Kita jugak...sama-sama merasa nikmat dan rahmatNya. ^_^
Jangan takut dikatakan alim jika hanya menyampaikan sepotong ayat, sama ada dari AlQuran mahupun Hadis Nabi. Kerana Rasulullah pernah bersabda...“sampaikan dariku walau satu ayat” (potongan dari hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari no. 3461 dari hadis Abdullah Ibn Umar).
Oleh sebab tu, jom kita baca satu cerita. Aku berikan tajuk cerita ni...'Jangan Sangka Semua Yang Tiada itu Tiada' (macam panjang pulak tajuknya. Hentam jer lah... janji sama-sama dapat ibrah dan pengajaran darinya...) Bagi yang pernah baca, jom kita baca lagi sekali! hihi..
Alkisah, ada seorang guru tadika yg tidak percaya wujudnya Tuhan (atheist) dan die pun berfikir bagaimana nak brain wash kanak-kanak di tadika tersebut supaya tak percaya wujudnya Tuhan. Die pun mendapat satu akal...
gambar hiasan. tekder kaitan ngan cerita...hihi |
Guru tadika : Anak-anak,nampak tak pen ni?
Pelajar : Nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ade kan.
Pelajar : Ada cikgu.
kemudian guru tadika tadi memasukkan pen tu dalam poketnya, kemudian dia kembali bertanya kepada anak muridnya..
Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen?
Pelajar : tak nampak cikgu.
Guru tadika : pen ada tak?
Pelajar : takder cikgu.
Guru tadika: Anak-anak nampak Tuhan tak?
Pelajar : tak nampak cikgu.
Guru tadika : Tuhan ada tak?
Pelajar : takder cikgu.
Guru tadika tadi sangat gembira sebab tujuan dia nak brain wash otak anak muridnya berjaya. Tetapi dalam banyak-banyak budak tu, ada seorang budak yang pintar (anak ustazah kot). Budak tu mengangkat tangan tanda isyarat sebagai meminta kebenaran untuk mencelah...
Budak pintar : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?
Guru tadika : Boleh jer, mari ke depan.
Budak pintar : kawan-kawan nampak cikgu tak?
Pelajar : nampak.
Budak pintar : cikgu ada, kan?
Pelajar : ada.
Budak pintar : kawan-kawan nampak otak cikgu tak?
Pelajar : tak nampak.
Budak pintar : cikgu ada otak tak?
Pelajar : tak ada.
hik hik hik... kan kena. padan muka!
Moral of the story is...
Sesuatu yang kita tak nampak dengan mata kasar, tak semestinya tak ada. Sesungguhnya Allah itu tetap wujud walaupun kita tak nampak di mana wujud zat, sifat dan perbuatanNya.
ermm... Ada kaitan dengan hari Valentine ker? ada ke tak, fikir-fikirlah sendiri yer. Aku cuma kongsi cerita jer. Yang lain, nilailah sendiri. Ingat... nilaian yang paling tepat adalah dengan MATA HATI, itupun kalau hati kita bersih. (cam lagu hijjaz tu...)
Jadi, akhirkalam... renung-renungkan dan selamat beramal! ^_^
Sekian, terma kasih. wallahua'lam.
~perisaimahkota
9 comments:
hehe..lawok a kn cter ttg ckg tu..
x sabar ase nk berjumpe dengan 15 ari bln 2 nih..(^^)
Ainul : wah! peng'komen' prtama..hehe. emm..yup, 15 hribulan... ^_^ slawat dan salam ke atas junjungan Nabi SAW.
eh, 16 plak..hri jd irham..hihi
lumrah... yg HARAM 2 la yg selalu sgt kita nak buat.
tak pernah dengar cerita ni..quite interesting...
salam singgah ~_~
hee.. padang muka dio..
sama gak dgn angin dah udara kan..
isu valentine's day ni begitu hangat diperkatakan...hopefully jgn la ada di antara kita yang menyambutnya kerana hukumnya dah jelas HARAM...
akidah kiter leh terjejas jika sambut perayaan ini..jelas ia haram dan perlu elak dari disambut...
Salam kenal.
Dalam sibuk diingatkan tentang haram sambut valentine hari ini dan malam ni ramai jugak org kita sambut benda tu. Silap2 9 bulan dari sekarang bertambah kes buang bayi.
jazakumullah bt smua yg tlah mmbrikan komen dan pendapat..
itulah realiti khidupan. yg dihalang tu la yg pling ditempuhnyer.. kita hanya ingat snang skg, tp lupa akn seksa kmudian..huhu. ~_~
Post a Comment