Alhamdulillah.. Sekarang aku dah ada kat Ipoh. Selesai sudah sesi penempatan klinikal aku kat unit Obstetrik & Ginekologi (dewan bersalin) Hospital Kuala Kangsar.
Lepas ni aku akan ke Hospital Taiping pulak untuk sesi penempatan klinikal di dewan bedah. Katanya kat sana lebih mencabar... wallahua'lam.
..gambar dr En.Google.. |
Isu Imunisasi (Pemberian Vaksin)
Aku baru sahaja baca satu entri menarik dari blog Bayt Al-Iman. Tajuknya Bahaya Vaksin & Imunisasi. Klinik Ummi pun pernah membincangkan permasalah ini sebelum ni tapi dari sudut pandang yang berbeza. Sebenarnya, nak ulas lanjut berkenaan isu ni pun, aku bukan la betul-betul ahli. Cuma nak berkongsi-kongsi jugak lah dari apa yang aku dapat semasa penempatan klinikal sebelum ni.
Tahun lepas, aku ditempatkan di 2 unit yang terlibat secara langsung dengan prosedur pemberian vaksin ni. Unit Pasukan Kesihan Sekolah (PKS) kat KK Grentown, Ipoh... kemudian ke unit Kesihatan Ibu & Anak kat KKIA Lekir, Setiawan.
Apabila diimbas kembali cerita.......
Waktu dekat unit PKS, ada isu besar yang timbul. Ia berkisar tentang Imunisasi HPV yang diberikan kepada setiap pelajar perempuan tingkatan 1. Vaksin ni diberikan bagi mengelakkan masalah kanser serviks yang berkemungkinan menjadi ancaman besar kepada wanita. Sebelum ni aku pun tak tahu menahu yang vaksin ni bermasalah. Apa yang jadi masalahnya?
Ceritanya macam ni... Ada seorang tenaga pengajar dari sebuah 'sekolah agama' di sekitar Ipoh telah menarik balik persetujuan untuk membenarkan anak muridnya menerima suntikan vaksin HPV. Ini berikutan terdapat sumber-sumber yang memberitahu bahawa terdapat kandungan bahan-bahan yang diambil dari lemak khinzir dalam vaksin tersebut.
Aku hanya pasang telinga sewaktu doktor menjawab panggilan telefon. Sembang punya lah lama. Kemudian terdengar yang doktor tu sebut berkenaan vaksin HPV dah dapat sijil halal tetapi tak pasti jabatan agama mana yang menghalalkannya. Bila selesai jawab panggilan telefon, doktor pun bukak la balik fail-fail yang berkaitan dengan vaksin HPV. Belek belek dan belek... akhirnya jumpa la sijil halalnya. Tapi masalahnya, sijil halal yang diselitkan dalam fail tu adalah dari Jabatan Agama Islam Belgium. Sijil Halal dari JAKIM? Nehhi hei... (tak ada).
Doktor pun bincang-bincang la dengan JM, SN dan kitorang mencelah sedikit sebanyak. Rupa-rupanya JAKIM belum mengesahkan status 'keHALALannya'. Jadi, apa nak buat? Doktor cakap cucuk sajer la... Dah itu yang kerajaan Malaysia suruh, kita ikut jer la.
Dalam kepala otak aku...
"Setiap arahan kerajaan walaupun yang menjurus ke arah yang HARAM, nak kena ikut jugak ker?" huhu...
Sekarang masih tak tahu keputusan dari JAKIM macam mana. Kalau nak bincang cerita ni, memang panjang. Lenguh jari nak menulis. Aku hanya bagitahu untuk kita sama-sama waspada. Beringat-ingat sebelum masalah buruk berlaku... ~_~
Ok... cerita yang kedua pulak masa aku kat KKIA. Klinik Kesihatan Ibu dan Anak. Kat sini takder la isu-isu yang melibatkan halal atau haram. Disebabkan semuanya dah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan JAKIM, kira jalan lah. Aku pun turut sama memberikan suntikan kepada bayi sebab kalau tak buat, tak dapat cross (pengesahan penempatan).
Kat dewan bersalin, bayi yang baru dilahirkan akan segera diberi suntikan Hep B dos pertama dan Vitamin K. Ia bertujuan untuk tumbesaran bayi yang sihat seterusnya mengelakkan bayi dari terkena jangkitan kuman dalam darah iaitu Hepatitis B. Kemudian, bayi akan disuntik sekali lagi dengan vaksin BCG yang bertujuan mengelakkan bayi terkena jangkitan TB pada kemudian hari.
Pendapat aku..dan hanya Allah sahaja yang mengetahuinya.
Kalau benar semuanya adalah agenda barat, nampaknya umat Islam memang benar-benar berada dalam keadaan bahaya. Ya Allah.. Tujukkanlah kepada kami yang benar itu benar, agar dapat kami mendekatinya dan Kau tunjukkanlah kepada kami yang salah itu salah agar mudah kami menjauhinya.
Apapun, kita perhalusi dulu hakikat kesahihan ceritanya. Mungkin benar, mungkin tidak atau mungkin ada penerangan lebih lanjut mengenainya. Jangan sampai terngadah sesudah tehantuk dan jangan pula terlalu skeptik dalam menilai sesuatu cerita. Rasulullah pesan supaya kita selidiki sesuatu berita yang datang pada kita hingga ke akar umbi.
Terima kasih kepada Bayt Al-Iman kerana mengetengahkan isu ini. Baik untuk dibincangkan dan dikongsi supaya maruah dan kesihatan umat Islam terus terbela. Kalau ada isu baru nanti, kita akan bincangkan kemudian. Cukup dulu setakat di sini.
Wallahua'lam.
~perisaimahkota
11 comments:
kesian ummat Islam confuse..walau apepun ianya sunnatullah..insyaAllah mase tak lame lagi Islam kembali bangkit ulg sejarah.
Macam tu pun ade?huhu~
Ya Allah..btol2 dalam bahaya kalo bnar nih..
Kita hnya mmpu doa spya Allah jauhkan kita dr yg haram..
Syukran ats pmbritahuan..huhu~
Kita hanya ikut je kan??tk expose pn mende ni kat media...huhu
wuu~
takutnya, semua suntikan vaksin macam tu ke? erm takut-takut~~ Baru kena cucuk ni,uwaaa~
hari tu,adik yg belajar dkat maahad ada bwk balik surat kebenaran utk suntik HPV ni.tapi,nasib baik mama xkasi.sbb mama ckp,ada dgr yg HPV tu xhalal.
syukurlah,walaupun kesasihan mengenai halal haramnya belum sure.
susahnya menjadi umat akhir zaman.
nk dptkan khidmat kesihatn pun kena uji dgn halal haram ubat.
nak makan apatah lagi.
byk je produk,fast food,minuman yg xhalal tapi org Islam masukkan dlm perut juga.
Wallahualam,Allah jua Penyelamat kita semua
Ummumuhammad: InsyaAllah.. stiap dr kita pasti mnantikan kbangkitan kmbali daulah islam.
Nurul Idzihar: dunia zmn skg ni mcm2 ada... emm..same2. ^_^
Aisya: mau nye nk expose? klau expose, mati ler org2 dlm krajaan, sbb proses pmblian vksin n lain2nya..smuanya mlibatkn DUIT. klau rkyat tahu, x trcpai la hsrat dorg nk kaut kkayaan.
Filza: Xde la smua mcm tu. Cuma HPV ni pling dragui skg, sbb dia vksin trbaru kt mlaysia skg. yg lain2 xlah dragui sgt...
livestrong: slagi kita 'prcaya' bhw hanya Allah yg mmpu mnyelamatkn kita..insyaAllah, Allah akn sntiasa jauhkan kita dr fitnah dunia.
Huh! Nasib baik ta smpat kna.. Alhamdulillah, bhaya btol.. syukran kongsi..kalo ta, tatau..huhuhuh!
Alamdulillah... wlaumcmane skalipun, kita kena ikhtiar utk elakkan dr trkena sbarang pnyakit..
betul betul.hanya Allah
krn stiap yg brlaku adalah dlm lingkungan kuasaNya...
Wishing you a day filled with joyful surprises and fun!
My Site:Kubet
Post a Comment