Salamullahi'alaikum... Terima kasih kerana sudi ziarah blog Perisai Mahkota - Tinggalkan jejak anda, komen pada entri, klik pd tempat-tempat yg boleh di klik dan jangan lupa untuk follow jugak yer..hihi. Jazakumullah khairan kathir. ^_^

Jalan Kehidupan

Saturday, April 9, 2011

Geng Ustaz Serang Facebook

Fesbuk oh fesbuk..

Kuat betul penangan fesbuk ni yer. Dah macam-macam benda jadi dengan fesbuk.. Ada citer baik, ada citer buruk.. fuhhh~ macam-macam hal lah.. Sekarang aku perasan.. Rupa-rupanya geng-geng nih dah berhimpun kat fesbuk. Bukan 2 3 orang.. tapi ramai!
Siapa mereka?
Hehe.. sajer jer nak buat gimik.. 
Mereka yang aku maksudkan sebenarnya adalah geng surau. Eh, silap-silap.. Geng Ustaz..hihi.

erk? Ustaz pun ada geng ker..? wallahua'lam.. ada kot. Bukan apa, aku guna perkataan 'geng' ni supaya senang nak masyuk dengan gaya percakapan orang muda sekarang.. "amacam bro.. Ok tak aku cakap camtuh? Mantap seh... haha.."

Udah2 ler tu usop...Kembali kepada citer..
Perasan tak korang yang selama korang berfesbuk ni, telah ter-add atau ter-like mana-mana porfil ataupun fanpage ustaz yang terkemuka di Malaysia nih. Mungkin tak ramai yang kita add, tapi sekurang-kurangnya ada la jugak kan.. 

Jap jap..! Ustaz mana yang serang fesbuk? eh.. takder lah.. tu tajuk aku memandai jer..hehe.

Sebenarnya, aku nak citer yang sekarang ni dah ramai ustaz yang ada fesbuk. Tak kira lah ada profil sendiri atau fanpage yang dikendalikan oleh peminat... ermm...Boleh tak senaraikan saper yang korang dah add?

Kalau aku, antara fanpage ustaz yang dah aku 'like' kat fesbuk ialah..
Zaharuddin.net
Ustaz Zaharuddin
Ustaz Zahazan Mohamed
Ustaz Zahazan
Ustaz Saiful Islam
Ustaz Sharhan Shafie
Ustaz Sharhan

Ramai lagi sebenarnya.. tapi 'satelit manual' aku tak jumpa nak cari.. cukup la tu kot. Nanti korang carilah sendiri yer.. hehe. ^_^ Kongsi-kongsi la dengan aku. Aku pun nak tau jugak..

Alhamdulillah..aku suka geng-geng ustaz ni berhimpun kat fesbuk...
Sekurang-kurangnya ada la jugak tempat untuk aku bertanya. Takder lah terkontang kanting sangat..

Tapi.. korang pun tau kan, tak semua profil ustaz ni dikendalikan oleh tuan empunya diri. Sebaliknya dikendalikan oleh orang awam yang minat 'giller' dengan ustaz nih ataupun yang diselia oleh sahabat-sahabat ustaz tu sendiri. Ok lah tu..janji status wall dan komennya tak mendatangkan fitnah kepada ustaz tersebut.

Apa lagi? Jom kita add dan like ramai-ramai!
Mudah-mudahan Allah beri hidayah dalam diri kita disebabkan rasa cinta kita kepada golongan-golongan agama seperti mereka.. Siapa yang meletakkan cintanya kepada ulama', maka dia juga mencintai Rasulullah. Dan siapa yang mencintai Rasulullah, maka dia juga cinta kepada Allah. insyaAllah..

Ada apa-apa hal.. Tanyalah Ustaz di TV9! ^_^ hehe..
wallahua'lam...


~perisaimahkota

11 comments:

::نور فيلزاتي:: said...

kira baguslah ustaz2 ni ada FB. sekurang2nya dpt menarik minat remaja zaman skrg yg cggih dgn teknologinya. :) remaja skrg bkn mau dah pi dgr ceramah di masjid nun. silap2 hb, ustaz2 ni buat conference dlm skype pulak kan. siapa tahu? hehehe. (^__^)

Hafriz Mohamad said...

hehe..
klau ada, lg baik.. hik2. ^_^

mira said...

Assalamualaikum.. stuju ustaz2 ney ada fb, lagi snng nk berhubung.
ingat geng ustaz apa tadi. :)

.:padie_eyla:. said...

nak ustazah.! hahak

Hafriz Mohamad said...

mira: stuju lg!! hehe..

padie_eyla: erm.. btul gak kn. Aku trtinggal point ttg ustazah..huhu

Ayie said...

geng ustazah dah masuk fb ke belum..?? ^.^


Sang Ayam Vs Sang Serigala

Hafriz Mohamad said...

Kena cek dulu la nih.. hehe.
blum dpt dipastikan.. ^_^

Miss Tira said...

Tira adore sangat-sangat dengan Ustaz Azhar Idrus. Dia kalau bagi ceramah sebelah mesti ada buku yang mengandungi hukum-hakam agama bukan main bedal je buat fatwa. Walaupun tak like FB dia (Tira dah berkurun tak buka FB) tapi setiap video dia kat FB Tira tengok semuanya. Ustaz Kazim Elias dia lemah lembut bila bercakap. Tapi seronok juga dengar dia ceramah.

Hafriz Mohamad said...

emm.. btul2.. stuju tu..
Ustaz2 yg sy 'like' ni pn adalah bnar2 ustaz yg sy like.. tp, sy x kate la pulak ustaz yg sy x 'like' tu sy btul2 x like...hehe~ (brbelit2 daa..)

Pustaka NurIman said...

kami jual buku2 tulisan mereka di www.stormreaders.net/pustakanuriman

anda pun boleh...
jika mau??

Hafriz Mohamad said...

Syukran atas pelawaan..

InsyaAllah kami akn ke sana utk dptkn buku2 tulisan mrk. :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails