Betul kan? Tak semua suka kita...
Inilah namanya 'kehidupan'. Kalau semua suka kita, hari-hari kita hanya dengar pujian dan sanjungan. Dengan sebab itu, kita akan hanyut dalam dunia sendiri. Seronok memang seronok, tapi hidup kita akan jadi statik. Tak banyak yang berubah (ke arah positif)..
Kalau ada perubahan pun, mungkin lembab. Atau boleh jadi perubahan itu bersifat negatif sebab kita akan mudah jadi takabbur, riya' ataupun 'ujub.
Kalaulah Allah jadikan alam ini satu warna..agak-agak cantik tak ? Mesti tak kan...
Maka, sedarlah kita bahawa hidup ini perlu diwarnakan. Kadang-kadang warnanya cerah, terang.. atau mungkin jugak kadang-kadang tu boleh jadi suram dan gelap. Siapa yang mencorakkannya?
Pertamanya adalah dari diri kita sendiri.. kemudian dari orang yang di sekitar kita.
Kita boleh buat orang suka pada kita. Sebagai contoh, kita berdiri di atas sebuah pentas pidato untuk menyuarakan hak sejagat. Maka berderetlah orang yang ikut kita disebabkan jelas keikhlasan perjuangan pada kata-kata yang kita luahkan. Dengan laungan sokongan dari penyokong, kita akan merasakan betapa indahnya hidup disanjung. Tak kurang jugak, kita mungkin menerima pangkat kebesaran dari sultan atau pembesar negeri.
Tapi.. tak semua suka kita. Dalam jutaan peminat, kita perlu akui bahawa masih ada ribuan musuh yang benci dan sering menghina kita di luar sana. Lebih teruk lagi, kita mungkin difitnah dan dikeji sesadis mungkin. Oh, itulah dunia..
Sedarlah kita, tak semua suka kita..
Cuba kita perhatikan pada buah durian.. Kalau aku la kan, pantang bau durian..aku akan serbu.
Tapi tak semua orang minat buah durian. Ada yang kata busuk dan rasanya tak sedap. Aduss... dalam hati aku, "ruginya dia tu tak suka buah durian..ish3. hehe..".
Sebab itu, akuilah wahai yang tengah menulis ni..
'Tak semua suka kat kau! Walaupun berpuluh-puluh yang sudi berkawan dengan kau, tapi ingatlah.. kemungkinan masih ada berjuta musuh yang tengah tunggu nak pancung kepala kau kat luar sana!..'
Nak kndalikan kes2 mcm ni bkn senang..huhu. maaf, foto agak mengerikan... |
'Tapi tak payah nak runsing sangatlah... sebab walaupun tak semua suka kat aku..seharusnya aku bersyukur sebab masih ada yang setia melangkah, mengharung badai bersama.. terutamanya keluarga, sahabat dan tak lupa juga..Dia.'
So, teruskan usaha yer..
Di hadapan Allah, kita sama jer.. Janji kita ikhlas bekerja. Ye tak encik Anonymous! hihi..
Wallahua'lam.
...
fuhhh~Hampir-hampir jer blog ni ditutup disebabkan ada beberapa masalah yang aku tak tahu macam mana nak rawat. Sekarang.. Alhamdulillah.. semua dah kembali seperti sedia kala. Blog ni pun dah takder masalah..
Jadi.. sudi-sudilah selongkar blog kecil hamba ni yer..hehe. mekaseh. ^_^
~perisaimahkota
9 comments:
bukan sikit ngeri gamba tu..tak live pun getar tangan nih..
entry yg menarik ;) nice la..
n gambar tu. cun!
hihi.. mmg cun bangat.
klau duk dlm stuasi sbnar, lg bez.. dgn bau drh lg..huhu~
kdg2 klau x kuat, bleh tumbang!
hmm.. ni lah antara cabaran nk jd sorg MA trlatih.. bkn senang nk jd first liner nih.. kne tau bnyak bnde. mental n fzikal kne kuat sbb mcm2 bnde boleh trjadi wktu nk ambik kes d tmpat kjadian..
tp..malangnya, MA x dipandang.. lbih truk.. dikutuk shabis mgkin.
xpelah.. ape2pn.. aku ucapkn trime kasih bt pengkritik. ^_^
nt ada masa, kritik la lg yer..hihi
Betul tu.. Kalau takde cabaran tak best la hidup ni.. Statik je..
Erk! Gambar tu.. Huhu.. *Pengsan jap~~*
salam wah entry yg bagus.. betul tu setuju :)
Hanim: erk? jgn pengsan sini! kang susah jdiknye..hehe
Eja: ^_^ mekaseh.
hebat dem0 lonih iklil,
maju2x..
bagus pekerjaan dem0 nih,
sem0ga dirahmati Allah..
eh, biaso2 jah..hihi
en.Anonymous.. sape ni ek?
Skurang2nya ltak la nme.. ayoyo.. hehe~
ssh nk puaskan hati semua org..kita buat je yg terbaik..=)
foto tu tersangat la ngeri..xtahan tgk gmbr2 cmtu..padan le akak mnta nurse lps spm dulu xdpt..Allah lebih mngetahui..kerjaya tu mmg xssuai dgn akak kot..hehehe
Post a Comment