Salamullahi'alaikum... Terima kasih kerana sudi ziarah blog Perisai Mahkota - Tinggalkan jejak anda, komen pada entri, klik pd tempat-tempat yg boleh di klik dan jangan lupa untuk follow jugak yer..hihi. Jazakumullah khairan kathir. ^_^

Jalan Kehidupan

Sunday, April 3, 2011

Mencemaskan!

Salam buat pengunjung semua..
Hari ni macam ada benda tak kena jer..huhu~ aku ada buat silap lagi kot..
Tapi, no hal la kot.. InsyaAllah semuanya baik-baik nanti.  ~_~


Petang ni aku akan bertolak sekali lagi ke Hospital Kuala Kangsar untuk habiskan baki lagi seminggu posting wad kecemasan.. ataupun disebut A&E (Accident & Emergency). ermm.. Alhamdulillah, sehingga ke hari ni segalanya baik. Beznye sebab staff ok, tempat ok dan kes yang melibatkan kecemasan tak lah terlalu menyesakkan.

Entri kali ini aku bukan nak cerita tentang pengalaman aku kat sana tapi sebagai 'bakal' kakitangan kesihatan/perubatan (insyaAllah), aku cuma nak buat pencerahan sikit. Bukan bermakusd selama ni gelap gelita, tetapi aku rasa tak berapa nak cerah.. So, nak bagi cerahkan lagi sikit. ^_^

Soalan.. apakah yang selalu kita pikir, bila sebut jer wad kecemasan?
dan apa pulak yang jadi kalau kes bukan kecemasan dirawat di wad kecemasan?

Ahha.. bila sebut jer wad kecemasan, dah tentu tentu dalam kepala otak kita adalah tempat di mana berhimpunnya kes-kes yang mencemaskan.. Biasanya first sekali orang akan pikir adalah berkaitan dengan kemalangan, darah, putus tangan, putus kaki..pecah kepala. Ataupun kes-kes yang melibatkan serangan jantung, pengsan, histeria dan sebagainya..

Tak kira lah macam mana pun, asalkan keadaan tu nampak mencemaskan.. atau mungkin akan mencemaskan, sebaiknya terus dirujuk ke jabatan kecemasan. Kalau terlambat..buruk padahnya..

Sekarang aku nak jawab soalan kedua. Dan aku anggap ia satu soalan untuk merungkai masalah. Apa masalahnya? Masalahnya adalah, masih ada kes-kes bukan kecemasan yang datang untuk mendapatkan rawatan di jabatan kecemasan. Kenapa jadi masalah pulak?

hrmm.. cuba bayangkan, korang duk dalam wad kecemasan dengan pesakit yang bergelimpangan atas katil. Keadaan pulak kelam kabut dengan proses isi borang, pemberian rawatan, itu dan ini.. fuhhh~ Kadang-kandang tak lepas tangan.. Lepas satu arahan, satu lagi arahan..

Tiba-tiba datang pulak seorang pesakit.. Berjalan menghampiri kita dan merayu-rayu untuk dirawat. Bila tanya sakit apa, dia hanya mengadu demam selesema 2 hari. Ataupun kaki terseliuh, tapi masih boleh berjalan.. Agak-agak boleh ke kita nak uruskan mereka dalam waktu kesibukan tu?

Ya.. boleh nak uruskan. Tapi faham-faham jer lah.. kalau Jabatan Pesakit Luar masih bukak (8pagi - 5petang), kenapa perlu datang kecemasan..? Betul la polisi Kementerian Kesihatan, "Patient always right".. tapi patient pun kena lah faham jugak fungsi jabatan kecemasan. Nak pulak time nak rawat tu, datang dua tiga kes yang lebih mencemaskan.. haa..camner? Kes bukan kecemasan, kompem-kompem takkan dipedulikan.

Lagi satu.. staff perubatan di hospital kerajaan kat Malaysia ni bukannya ramai. Banyak lagi tempat-tempat kosong yang belum terisi. Sebab tu lah, nak selesaikan satu-satu kes jadi lambat. Kalau nak cepat-cepat, nanti ada la masalah lain pulak.. huhu~

So.. kalau korang dah baca entri lauhan aku ni, harap-harap janganlah serbu wad kecemasan ramai-ramai time waktu pejabat melainkan korang betul-betul memerlukan rawatan kecemasan.. Tak kira macam mana keadaan sekalipun.. "KAMI SEDIA MEMBANTU".

Akhir kalam.. Kami akan cuba untuk bantu korang sebaik yang mungkin, tapi korang perlulah bantu kami jugak supaya kerja-kerja kami dapat diuruskan dengan sebaiknya. 'Anda bantu kami untuk bantu anda!' :)

wallahua'lam...


~perisaimahkota

7 comments:

Bunga said...

emm..susah gak ni..

gadis kepastian said...

tempat y penuh ngan darah....uwaaaa seram dri bilik mayat.....

Hafriz Mohamad said...

bunga: susah lg mnyulitkan..

gk: tp... blik mayat lg seram r..huhu~ :P

Anonymous said...

kalo wad kecemasan mesti pk org kat lam tu teruk sgt2 skt dia....doktor pon sibuk mcm citer ER tu...hii....

kalo yang kes xkecemasan tapi dirawat kat wad kcmasan mesti ada yg akan btambah truk sktnya....

Annisa said...

pernah sekali tu allergik kat muka. ingat nak pi skin clinic tapi diorang suh pi A&E. MA check dulu kan..tapi pelatih MA ada 3 orang kat depan =.=" malunya.. pastu jumpa doc.. pengsan 5 jam after injection.. HAHA ^_^

tapi kesian kot ada sorang patient ni tunggu sampai 4 jam di A&E..

Hafriz Mohamad said...

em.. sbnarnye.. keadaan wad kecemasan brbeza mngikut tmpat. cntoh klau general hosp mcm kt perak ni, ipoh dan taiping.. kompem kes bnyak.. keadaan bleh jd sesak..

tp.. klau hosp daerah biasa jer.. kes kdg2 mgkin xde.. jd wktu2 mcm ni x slh utk dptkn rwtn d wad kecemasan, cumenye tkut2 nt jd probe kalau2 tibe2 dtg kes bnyak2..huu~

Ttg waktu mnunggu.. mgkin kt cni msih ada klemahan pd sistem kte. Biasenye sbb mnunggu lama adalah dsebabkn nk dpt kputusan makmal (darah/air kncing dsb)..

kalau ada apa2 klemahan lg..
dipersilakn utk komen!! ^_^ sy trime..

Soul Seeker said...

alhamdulillah, semua ni pengalaman berguna utk sama2 jadikan perkongsian. :) insyaAllah cita2mu akan tercapai. :) barakallahufika. (^__^)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails