Salamullahi'alaikum... Terima kasih kerana sudi ziarah blog Perisai Mahkota - Tinggalkan jejak anda, komen pada entri, klik pd tempat-tempat yg boleh di klik dan jangan lupa untuk follow jugak yer..hihi. Jazakumullah khairan kathir. ^_^

Jalan Kehidupan

Wednesday, April 6, 2011

Serangan Balas Bermula!

Salam buat semua pengunjung Teratak Perisai Mahkota.
   Juga buat Memberz Group 8 Segmen Akhi Ben AShaari..
 Peringatan! Baca entri ni sampai habis tau.. ada berita penting yang aku nak sampaikan kat korang semua.

Ermm...rasa-rasanya selama aku berblogging ni, ini lah kali pertama aku menerima kunjungan tamu blog yang bertubi-tubi macam serangan tentera gerilla padang pasir... dahsyat oo... tak sempat aku nak bernafas..hehe~

Tapi, terlebih dahulu aku mintak maaf sebab tak sempat lagi nak buat kunjung balas ke blog-blog korang disebabkan kesempitan masa yang tak boleh nak dielak.. Sempat tengok jer, tapi tak sempat nak balas komen.. ~_~ maaf lagi sekali yer..

Oleh sebab tu.. aku dah pasang niat nak serang balik memberz group 8 (termasuk semua pengunjung lain jugak) yang telah singgah dan meninggalkan ‘peta lokasi blog’ pada ruangan komen. Dengan adanya peta lokasi tu, senang la aku nak jejak korang balik..hihi.


Jadi, dalam kelapangan masa yang ada tak berapa nak banyak ni, aku isytiharkan bahawa...
SERANGAN BALAS bermula!! ...Huaargghhh!!! ...serang jangan tak serang!

Woi woi woi... Serang pe ker jadah nyer pulak nih..?!

Hehe.. serangan balas tu sebenarnya bermaksud - aku akan jejak, singgah, follow dan komen blog korang balik. Maka aku ingatkan awal-awal, bersedialah menerima serangan dari aku bersama bala tentera upahan yang telah aku siapkan... ngeh3.. Ready for big war!

Ok.. habis 1 citer..
Citer kedua tentang followers blog Perisai Mahkota ni.
Berbanyak-banyak terima kasih aku ucapkan kepada semua tetamu.. dan aku telah iktirafkan korang semua sebagai ‘Sahabat Perisai Mahkota’.


Lagi satu, peluang ni aku nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada followers yang masih setia dengan blog picisan nih. Sebagai ganjaran.. AWARD ini aku hadiahkan kepada seluruh followers blog Perisai Mahkota terutamanya cik Riza!!!

Kenapa cik Riza?

Sebabnya.. Pada 5.4.2011 yang lepas, lensa Perisai Mahkota telah berjaya mengesan, bahawa beliau adalah follower bertuah yang berjaya menempatkan dirinya sebagai follower blog Perisai Mahkota yang ke-300. TAHNIAH dan TERIMA KASIH diucapkan..

Simpan lah banner ni kalau sudi yer...
(cam paksaan dalam kiasan jer bunyik) hehe~
Apa pun, alhamdulillah.. syukur sangat-sangat sebab bertambah ramai dah ahli blog ni.. Dan secara automatiknya, bertambahlah bilangan 'sahabat Perisai Mahkota'. ^_^

Lastly, sebagai penutup..
Ada satu berita kematian dari salah seorang ahli keluarga terdekat ukhti ummubalqis...

Takziah diucapkan kepada ukhti (dan keluarga), di atas kembalinya Allahyarhamah nenda tercinta ke rahmatullah pada pagi tadi. Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan di tempatkan bersama mereka-mereka yang telah dijanjikan tempat yang terbaik oleh ALLAH SWT.. amiin..
~Al-Fatihah~


~perisaimahkota

12 comments:

Fadzmie said...

Batalion Kumpulan 1 tak nak serang ke? Haha. Btw, thanks singgah blog aku. Dah follow sini. :D

Hafriz Mohamad said...

oh.. ye x yer... group laen jgk akan diserang.! hehe~

riza said...

sudah selesai membuat serangan ke atas 3 kumpulan....ada 7 lagi....bersiap sedia lah!hehehe....

Nur anisa =)) said...

best ngt join segmen nie..
dapat lak team 8.haha sonok je nk bebelog ari2..yok sye follow kamoo

Nur anisa =)) said...

best ngt join segmen nie..
dapat lak team 8.haha sonok je nk bebelog ari2..yok sye follow kamoo

Hafriz Mohamad said...

tp.. jgn smpai ingat nk serang.. lupe plak mkn minum.. kang naya dibuatnyer... hihi~

serang lagi!!! ^_^

sobri yaacob said...

salam..hijrah...dtg bgi kasi gegar,,,tq dtg kat blog saya..

Abah Yie & Ummi Na said...

hehehe....ooh, serangan balas ye. mailah singgah Teratak Mawaddah lagi ....

Kak Long said...

tak lepas tgn kan kalau byk viewers dlm satu masa.. hehe



serang jgn x serang!!

Hafriz Mohamad said...

Sobri: gegarlah.. xheran.. hehe.

Ummi: InsyaAllah.. iklil akn sntiasa ziarah teratak mawaddah.. ^_^

SiDaunCeri: fuhhh~
itu lah pasal. abg ben la punya angkara semua nih. kredit to abg ben.. hehe~

hans said...

hahahahaha
rajin join
bagus2
serang jangan tak serang

P/S : Kepada Blogger - Blogger Sekalian...Saya Nak Minta Tolong Jawab Online Survey Nih... (^_^)Y

Hafriz Mohamad said...

setiap yg singgah.. akan diserang..!! hehe.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails