Salamullahi'alaikum... Terima kasih kerana sudi ziarah blog Perisai Mahkota - Tinggalkan jejak anda, komen pada entri, klik pd tempat-tempat yg boleh di klik dan jangan lupa untuk follow jugak yer..hihi. Jazakumullah khairan kathir. ^_^

Jalan Kehidupan

Tuesday, April 5, 2011

Kesimpulannya Salah Siapa?

Al kisahnya..
Semalam, sewaktu aku tengah menjalankan tugasan harian di unit kecemasan Hospital Kuala Kangsar, masuk 4 orang anak muda dengan tangan bergari. Kemudian diekori oleh 3 orang lelaki bertubuh sasa. Mungkin polis atau warden penjara. Sukar nak dipastikan sebab mereka hanya berpakaian preman.

foto hiasan... dari filem Budak Kelantan ^_^

Setelah diceritakan (cakap-cakap belakang jer la..), rupanya mereka adalah di antara 6 suspek yang terlibat dalam kes rogol minggu lepas. erk? Kes rogol??

Ya, kes rogol. Minggu lepas, unit kecemasan ni gempar jap apabila datang seorang gadis berumur 16 tahun mengadu telah dirogol oleh 6 orang lelaki. Mangsa melayu.. pemangsa pun melayu. Oh, malunya akusss... ~_~ Tapi yang malangnya, si gadis ni pun satu hal. Kes dah berlaku 2 minggu lepas, baru nak datang sekarang.. Kalau nak buat ujian DNA pun agak susah la kalau benda dah lama..huhu..

eh, jap jap... Jangan salah faham ea.. Aku cerita kat sini bukan nak malukan sesiapa. Sebab tu aku tak masukkan nama mangsa dan pemangsa kat sini. Aku hanya cerita secara kasar jer.. ermm.. nak tau tak alkisahnya macam mana si perempuan ni boleh dibaham oleh 'singa-singa jahanam' 6 ekor nih?
p/s:Sekali lagi aku nyatakan, cerita ni hanya untuk pengajaran. Bukan untuk malukan sesiapa.

Begini ceritanya...

gambar kucing besar, rogol, dirogol, hulurkan bantuan
jangan pikir bukan-bukan yer..huhu~
Mengikut laporan yang dibuat kepada pihak polis.. Pada malam kejadian, si perempuan ni bertengkar dengan familynya. Mereka selalu jugak la bertengkar (point pertama, family probe). Dengan sebab tu, dia amik keputusan untuk 'release tension' kononnya. Tetapi kesilapannya adalah, boleh pulak dia pergi release tension kat bus stand.

Kemudian si perempuan ni pun tepon la 'cik abangnya'. Konon suruh mari ambil dia untuk tenangkan fikiran. (point kedua, tersalah mencari jalan ketenangan). Lalu si mamat 'hero' ni bawak la 'minah' ni jalan-jalan pusing bandar diraja.. Lepak sana, lepak sini.. Sampai pada sebuah chalet. Oh, mungkin berdua-duaan di chalet tu tempat terbaik untuk release tension.

Lepas tu, tanpa disedari oleh si perempuan..rupa-rupanya si 'hero' ni dah siap tepon 5 lagi 'hero'. Maka berkumpullah mereka kat sana. Dan..dipendekkan cerita...tung tang tung tang!!! Tak dapat den nak selamatkan... ~_~


Ok.. stop cerita. Tak boleh banyak-banyak sebab benda masih lagi di bawah siasatan polis (medico legal) dan segala ujian berkaitan perubatan dilakukan di bahagian OSCC (One Stop Crisis Centre).

Kebanyakan kes rogol sekarang adalah bukan disebabkan paksaan lagi, macam dulu-dulu. Tetapi sekarang disebabkan pada mulanya suka sama suka. Tapi bila dah lama-lama.. terbunting atau tertipu macam kes di atas ni, haa..mula lah nak buat laporan polis. Yang salahnya lelaki, sebab dicaj merogol sedangkan si perempuan 'rela dirogol'..huhu.

So, apa yang korang nampak dari cerita nih.. di mana silapnya?
Salah si ibu bapa?
Salah si anak perempuan?
Atau salah si lelaki buaya tembaga?

Segala komen.. dialu-alukan seperti biasa. ^_^
"Aku baru dapat panggilan ada satu kes untuk dibuat bedah siasat. Kes kematian disebabkan kemalangan jalanraya. Jom! Saper yang berminat jadi forensik macam citer CSI.. boleh ikut aku!!! hehe~"

Aku akhirkan di sini. wallahua'lam...


~perisaimahkota

8 comments:

Bunga said...

salah siapa?salah semua yang terlibat..

Hafriz Mohamad said...

erk? huhu... mgkin.

Kak Long said...

hmm.. nampak gayanya mcm pompuan tu tak fikir panjang utk pilih jalan terbaik utk release tension.. ade pulak pg bus stand lepas tu mintak boipren dtg amik pastu ikut je smpi la ke chalet bagai.. hoho itu adelah langkah menuju kebinasaan..bukannya langkah nak legakan tekanan perasaan.. nauzubillah..~

EYQASARA said...

huhuhuhu...susah nak ckp.. pucuk pangkal hati sendiri yg main peranan..

KUREKURE COMEL said...

ya allah...sbb tu la ibu bapa kena pantau anak2 gadisnya...


mina pun tak blh bayangkan...
hope perogol tu terima balsan setimpalnya...

Hafriz Mohamad said...

hmm... sbb tu nk cakap, xtau slh siapa.

nk slhkan parents.. mgkin.
nk slhkan si gadis tu pn.. mgkin.
nk slhkan boyfren dia.. mgkin.

wallahua'lam..
snang citer.. kte jdikan kisah benar ni sbg pengajaran..

Annisa said...

ada satu ubat dipreskrib untuk mangsa rogol.

em, agaknya si gadis ada masalah kot, sebab tu dia lambat pi sana.

Hafriz Mohamad said...

ubat utk mngsa rogol.. ape yer? huhu..

emm..mgkin. sama ada tkut dgn family.. atau msih ada rasa kasih pd boifren.. ah, masih sayang?! huh! ~_~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails