Salam ketenangan..
Petang ni hujan lagi. Asal petang, hujan.. Asal hujan jer, petang..huhu.
Namun hakikatnya hanya Allah sahaja yang tahu. Sebagai hamba, kita wajib menerima segala susunan kronologi penciptaan alam, tanpa sebarang penafian atau pengubahsuaian.. Itu tandanya, syukur atas kurniaan Rahmat-Nya. Alhamdulillah...
Pada zahirnya, hujan itu dipersembahkan kepada hamparan bumi yang diturunkan melalui 'pintu-pintu' langit. Hebat kan ciptaan Allah SWT?
Yup! Aku memang penggila langit.. kenapa? Wallahua'lam.. Kalau korang nak tau kenapa, cuba korang peruntukkan beberapa ketika dalam sehari untuk merenung langit.. Bukan merenung semata-mata termenung, tetapi hubungkan renungan itu dengan mata hati.. fikir dan zikir..
Lihat langit, ingat Allah...
Ya, aku leka merenung langit.. sehinggakan sampai saat ini, tak pernah jemu. Langit mengajar aku erti kekuasaan Sang Pencipta. Dia juga mengajarku kelapangan dalam sengketa dan yang paling menyentuh imanku.. "tak smua yg indah itu mampu dimiliki oleh manusia, melainkn mnusia itu brusaha mndekatkan diri kpd penciptaNya". Langit itu teramat indah..kusangka ia hanya untukku. Kerana itu aku berusaha untuk mendapatkannya.. Ternyata usahaku sia-sia..
Leka merenung langit..?
Ya, aku masih leka merenung langit..
"Betapa payah utk aku mncapai LANGIT, krn ssungguhnya LANGIT itu indah.. akn tetapi, teramat sukar untukku mnggapai SYURGA, krn ssungguhnya SYURGA itu 'terlalu' indah.."
Aku tunduk merenung hati.. menyesali akan kekurangan diri.. kemudian..aku kembali mendongak, merenung LANGIT..
Izinkan aku berbicara denganmu..Wahai sang langit..
Sesungguhnya aku tak mampu mentafsir apakah sebenarnya yang bertebaran dan terbentang disebalik hamparanmu yang luas itu.. kerana, aku hanya mmpu mlihat keindahan wajah zahirmu. Pada ibrah itu, aku mengerti.. "Aqalku terbatas untuk mengandaikan sesuatu yang tak pasti..kerana ilmuku teramat terbatas berbanding ilmu Tuhan Yang Maha Luas.."
Subhanallah.. Alhamdulillah.. Allahuakbar..
Lebih banyak bukti kehebatan Allah yang akan terzahir, jika kita senantiasa merenung langit. Merenung penciptaan langit. Walau kita berbeza, tetapi kita tetap memandang langit yang sama.. Bertuhan dengan Tuhan yang sama..
Jom! Sama-sama kita merenung langit..
Eh, jangan tersilap.. Merenung ke langit, bukan termenung melangit.. hihi ^_^
Wallahua'lam...
~perisaimahkota
5 comments:
merenung langit dgn termenung melangit tu jauh bezanya tu.. hehehe..
jom pakat renung n muhasabah diri..
Berfikir tentang kekuasaan Allah yang ada pada alam semester ini dapat menguatkan iman dan keyakinan kita padaNya.
nak merenung macam mana?
hujan nih
:-)
Solihin: ya, dgn muhasabah diri kita akan mngenali siapa diri kita yg sbnar..
Miss Tira: smua mnusia ni same, dan hanya yg mmbezakan adalah iman dan taqwa..
hans: tnggu jer la ujan brenti.. ayoyo! hehehe..
Tingkatkan fikir dan zikir,
dengan melihat ciptaan Allah yg sangat sangat sangat Agung.
Post a Comment