Kalau pernah terjah blog Genta Rasa, korang akan terjumpa dengan frasa seperti ni,
"Dengan fikir akan terciptanya zikir".
Ayat ni yang selalu aku ulang-ulang bila aku tengok sesuatu yang berlaku di depan mata aku. Tak kira lah benda tu baik atau buruk. Buruk pun tengok jugak? emm..terpulang lah korang.. Yang penting, pandai-pandai jaga diri.. ^_^
'TERBUNUH, DIBUNUH dan MEMBUNUH'
Wallahua'lam.. serius tak serius, korang tentukanlah sendiri untuk terima atau tak. Cuma yang pasti, benda ni ni realiti. Nak elak tak boleh sebab selau jer berlaku di sekitar kita. Cuma jauh atau dekat jer.. Buktinya..korang bukak lah surat khabar hari ni, semalam, kelmarin, bulan lepas, tahun lepas.. kompem ada citer tentang bunuh-bunuh ni. Tak kira lah.. terbunuh, dibunuh atau membunuh..
sebagai contoh:
13 April 2011 : Dibebas tuduhan bunuh isteri
6 April 2011 : Bangunan SPRM berhantu? dibunuh atau membunuh diri?
Seterusnya...
10 April 2011 : Dua beranak ke tali gantung kerana membunuh
1 April 2011 : 3 dituduh bunuh Sosilawati
19 Mac 2011 : Tsunami Jepun, hampir 7,200 terbunuh
Yang aku link-kan ni, kira semuanya berita-berita yang boleh dikira latest la.. Ada lagi berita lain yang aku tak masukkan. Kalau nak masukkan semua kat sini, kemungkinan besar ni kali terakhir korang singgah blog aku...sebabnya tak mustahil entri ni akan jadi panjang berjela-jela-jela. Jenuh korang nak baca satu-satu..hihi~
Kenapa sampai berjela-jela-jela? sebabnya, kes yang melibatkan pembunuhan ni terlalu banyak. Tiap-tiap hari, kat mana-mana, bila-bila masa dan macam mana keadaannya sekalipun, ia pasti berlaku. Biasanya, kita cuma tahu citer-citer yang dimuatkan dalam surat khabar. Yang tak dimuatkan dalam surat khabar pulak..dah tentu lagi banyak kan?..
Jadi, aku taknak fikir tentang kes-kes pembunuhan ni. Cumanya, aku cuba nak kongsikan berkenaan tiga jenis 'bunuh' tadi.. iaitu terbunuh, dibunuh dan membunuh.
Pertama, TERBUNUH..
Wallahua'lam.. dalam bab 'ter' ni aku tak mampu nak ulas banyak-banyak. Sebab imbuhan 'ter' itu pun dah merujuk kepada sesuatu situasi yang berlaku secara tak sengaja. Macam peristiwa tsunami di Aceh dulunya, dan di Jepun baru-baru ni.. mereka yang terbunuh bukannya tahu yang mereka akan mati pada masa tu. Jadi kematian mereka tetap ditakrifkan sebagai 'bunuh'..tetapi.. ter-bunuh.
Kedua, DIBUNUH..
Dalam kes ni, banyak jugak kemungkinan boleh berlaku. Sama ada yang dibunuh itu bersalah atau tidak bersalah. Mengikut kefahaman aku, yang 'bersalah' adalah pembunuhan yang terjadi atas sebab-sebab masalah yang dicipta sendiri.. contohnya mamat dibunuh ah long sebab tak bayar hutang dan sebagainya. Dan satu lagi yang dibunuh itu tidak bersalah..seperti dibunuh selepas dirompak, dibunuh selepas dirogol dan macam-macam lagi.
Terakhir, MEMBUNUH..
Selain dari membunuh untuk membela maruah agama, tanah air, harta benda dan diri sendiri..kompem pembunuhan itu dikira salah di sisi Syariat. Kecualilah membunuh secara tak sengaja. Contoh pergi hutan nak memburu. Nak tembak kijang, tiba-tiba tertembak si penoreh getah.. aduss...
Lagi satu... Membunuh Diri. Yang ni lagi teruk.. seratus peratus salah! Tak kira la macam mana sekalipun, membunuh diri tetap haram. Berbeza dengan pengebom berani mati. Diorang bom ada sebab-sebab tertentu. Kita orang biasa ni, tak boleh nak kata diorang salah..atau sebaliknya.
***
Ok dah.. Penat gak nak menghurai ni.. itu pun baru pengenalan jer..huhu. Kalau nak bincang semua, kena la serahkan kepada ahlinya.. Aku pakai serkap jarang jer..hihi. Mungkin ada yang setuju dengan huraian aku ni atau mungkin jugak tak setuju. So, terpulanglah.. no paksa-paksa. hehe~ Apa yang pasti... dunia akhir zaman, betapa 'murahnya nyawa manusia'.
Eh, tadi kita dah fikir kan..? sekarang adalah masa untuk kita zikir. Bererti, mari sama-sama kita renung kembali dalam diri apa silap kita? Di mana kelemahan kita? Kenapa semua ini terjadi? Kemudian..hubungkan ikatan fikir ini dengan Allah. Maka lama kelamaan, zikir akan bertandang..
Ya Allah.. Matikanlah kami di dalam penyudah yang baik dan janganlah engkau matikan kami di dalam penyudah yang buruk. Ya Allah.. perkenankanlah doa kami.. amiin Ya Allah.
Sekian, wallahua'lam..
~perisaimahkota
21 comments:
memang tajuk yang agak serius.. nice entry beb.. hehe ^_^
haha.. shezwan smpai dulu! ^_^
mekaseh..
sekarang mati mengejut pun ramai..tkot...!
huhu... a'ah.. btul2.
tiba2 jer..tau2 dh mati. bile skali tengok, nmpak mcm trbunuh..
tp ble cek, ada kmungkinan ia dibunuh atau terbunuh..atau membunuh (diri). huhu~
nyawa manusia menjadi smakin murah..
terlalu byk kematian yg sia-sia sjak kebelakangan ini..
moga kita semua dimatikan dlm keadaan yg baik2 saja.. aminnn...
bunuh membunuh seakan jadi fenomena biasa skrg..
Saya setuju dgn Solihin Zubir. terlalu byk kematian kebelakangan ini yang nampaknya sia-sia sepertinya mnusia sudah hilang pedoman. Namun, moga2 kita dimatikan di dlm keadaan yang baik2 belaka. Amin..
terbaik entri ni tuan blog ! btol apa ko ckp tu..
Solihin: yup.. kmatian yg sia-sia. itu yg kita tkut.. ~_~
Fiqas: Krn harta, pangkat dan kuasa.. manusia smkin hari smakin tega utk mmbunuh.. na'uzubillah..
Fizanlinolie: InsyaAllah.. smoga kita riwayat hdup kita ditamatkn dlm keadaan yg baik.. amiin.
WakafKita11: smoga sama2 kte ambik iktibar.. ^_^
wlau panjang tapi bunga mmg setuju pe yang awk bagitau..
salam perkenalan dari saya, GENTA RASA is my soul healing..
memang betul..yg bunuh diri lagi la...senget betul org yg bunuh diri!!!!
Kerana itu perkara yang melibatkan nyawa amat dititik beratkan dalam Perundangan Islam dan jatuh kepada kategori Jinayat.
bunga: huhu.. itu la.. dh nk pndekkan, tp jd berjela jgka...hihi
greenappleku.com: yup.. kdg2 klau aku rasa ada yg x kne pd hati, blog genta rasa adalah tmpt utk aku mrawat sgala kkacauan.. Alhamdulillah.. brkesan.
NurLiyana: senget yg ke kiri.. klau senget ke knan xpe.. kdg2 mmbhgiakan...hehe~ ^_^
Cik Tira: yup.. sbb itu, jln pnyelesaiannya tlah Allah brikan. yakni kmbali kpd Quran dan Hadis. d sana trhimpun hukum2 Allah yg spatutnya diamalkn oleh stiap makhluk.. cuma kita jer yg sombong! ~_~
bunuh diri salah satu dosa besar tau :)
GEMPAR !! Blackberry Terbaru Boleh Baca Isi Hati
erm... yup! tpat skali...
smoga Allah jauhkn kte dr trjrumus ke dlm bnde2 cmni.. huhu
hilang nilai kemanusiaan. sedih
donia... oh doniaa... bunuh sane sini sinung.... huhu... garapan yg menarik... nice sifuu... :)
Persoalan Muallaf dan Mukallah telah Tira jawab didalam blog Tira. Kalau ada silap harap diperbetulkan. InsyaAllah apa yang Tira cuba sampaikan kita sama-sama mendapat keberkatan dariNya.
Golongan Muallaf Dan Mukallaf>
Liza: ~_~ kcau bilau akhir zaman bnyak mnjadikan kita sedih..
penggilalensa: aiyak.. bkn sifu la.. hehe. tq2!!
Cik Tira: okeyh.. mekaseh atas prkongsian.. nt sy terjah!! hik2
Post a Comment