Salamullahi'alaikum... Terima kasih kerana sudi ziarah blog Perisai Mahkota - Tinggalkan jejak anda, komen pada entri, klik pd tempat-tempat yg boleh di klik dan jangan lupa untuk follow jugak yer..hihi. Jazakumullah khairan kathir. ^_^

Jalan Kehidupan

Tuesday, April 12, 2011

Hikayat Hang Serabut

Adoyai...

Persiapan awal takder pun. Walaupun dah dijangka tak lama lagi, akan dihantar untuk berperang di perbatasan. Tu la pasal.. Masa orang duk berlatih, boleh pulak main teng-teng kat rumah jiran. Dengan anak-anak jiran sekali tak pergi latihan perang..

Mungkin ni kot Hang Serabut
Tiba-tiba.. Semboyan peperangan berbunyi.. Waktu tu umur dah masuk 20an. Mengikut undang-undang negeri, siapa-siapa yang ingkar dengan perintah kerajaan, akan dihukum keluar negeri dalam masa 24 jam. Jangan balik ke kampung asal walaupun atas alasan keluarga.. ayoyo..sadisnya hukuman.
Nak tak nak.. terpaksa jugak keluar berperang. 

Waktu dalam barisan kawad nak menuju ke medan peperangan, sempat bergossip dengan anak jiran yang satu kepala tadi. "Tuan hamba dah siap sedia ker nak gi perang nih?" "erk..emm.. ntah" "tuan hamba?"
Tanpa jawapan - geleng kepala.. 
Tanda soal timbul di kepala.. ??? ..kosong.. sifar! huhu~

Sekian..
Hikayat Hang Serabut...  
(tiada kena mengena dengan yang hidup, atau yang telah tamat kehidupan)

Tapi.. yang sebenarnya, 'hikayat ciptaan' kat atas ni adalah terjemahan perasaan/situasi aku saat ini.
Kenapa pulak?
Ye la... Aku tengah kosong nih.. Sifar.. Blur! huhu~ Barulah aku sedar diri yang aku ni banyak tak tahu. Sebelum ni, rasa semua tahu jer..tapi habuk pun takder.

Sekarang? Ha..ambik aku! Padan muka aku... Setiap soalan yang senior tanya, hanya berapa persen jer yang aku dapat jawab. Yang lainnya berkahir dengan tanda 'telinga kera' (-?-). huhu..sedih sedih..

Sebelum ni aku praktikal kat unit kecemasan Hospital Kuala Kangsar. Baru habis minggu lepas. Alhamdulillah. Tapi yang malangnya, bila senior tanya soalan untuk review balik apa yang aku dapat kat sana..banyak giller yang aku tak dapat jawab. Boleh dikatakan, apa yang aku belajar kad tempat praktikal dulu, semuanya musnah.. hangus kena bakar api kelupaan atau lemas dalam banjir kemalasan. aduss...

-macam mana nak tentukan sign/symptom pesakit..
-macam mana nak interpritasi ECG..
-apa kaitan penyakit dengan sampel darah yang diambil.. lagi...bla bla bla..

argghhh!!! apa ni? Ke mana semuanya menghilang? huu~

Sekarang ni, aku kat Hospital Taiping pulak.. sebab esok nak kena lapor diri untuk posting kat Klinik Ortopedik (tulang-temulang). Aku kat sini dua minggu.. macam mana la nak habiskan dua minggu kat sini dalam keadaan kosong macam ni.. 

Awalnya, memang rasa macam yakin jer nak masuk kerja..tapi bila ditanya tentang ortopedik, semua tak dapat nak jawab. Lupa.. blurr.. tak berisi.. errggghhh!!!

'anak si mamat ni asyik nak menembak ajer.. ni yang buat aku tension nih!' (selingan)

Esok dah nak berperang.. Kalau otak aku masih kosong macam ni untuk seminggu ni, alamatnya mati la aku dalam medan peperangan nanti. Saper la yang nak jaga makan minum - arnab kesayangan aku. ~_~
Sedih-sedih.. Nak lari dari peperangan ni tak boleh sebab dah memang ini syaratnya. Kalau kena tindakan disiplin lagi teruk..

Jadi, apa yang korang rasa aku patut buat sekarang?
Adakah belajar berperang waktu dalam medan peperangan.. atau menyerah diri kepada pihak musuh?
Mana la tahu di pihak musuh ada pakcik-pakcik yang nak jodohkan aku dengan anak dara dia..hik hik..

ish ish ish... ke situ pulak pemikiran aku.. 
Ok dah. Nak kena tidur dulu ni.. esok-esok jer lah aku bw. 
Kalau korang nak aku terjah blog korang, em em em... sudi-sudilah bantu aku selesaikan masalah ni yer... hehe~
^_^

wallahu'alam... zzzzz.........


~perisaimahkota

9 comments:

fizalinolie said...

Pada akak, berperanglah di medan perang walaupun mungkin kita tidak mengetahui apakah strategi mereka. Menang atau kalah perkara kedua. Daripada kegagalan kita pasti belajar sesuatu. Jangan takut untuk gagal. Kegagalan jugak mengajar kita untuk lebih dewasa menangani sesuatu masalah. Jangan mudah menyerah kalah ok! Heee.Hafriz pasti boleh. Panjatkan Doa pada Ilahi moga dipermudahkan urusan, selebihnya kita bertawakal jer lah ek.

Anonymous said...

Latihan perang itu penting. Berperang juga penting. Anda tidak akan jadi seorang pahlawan dengan hanya menuntut ilmu berperang. Anda akan jadi seorang pahlawan dengan berperang membela nasib orang lain yang tidak berdosa.

Ayie said...

takpe bro.. ko asah parang dulu.. asah pelan2, nanti tajam la tuh.. kalau ko asah laju2, risau plak tak elok asahan tuh.. kan..?? hahaha

Henry Zackery said...

perlu ada strategi yg mantap utk berperang, dan jgn sesekali pndang rendah kpd musuh :)

Lelaki Oh Lelaki

Hafriz Mohamad said...

Fizanoline: Yeah! Berani gagal.. mekaseh kak. ckup brmakna kata2 smangat dr akak.. InsyaAllah sy cuba yg trbaik. :)

Cik Tira: Berlatih dan berjuang itu sama-sama penting..huhu. btul2. Kata org, mlihat dan mmperbaiki kgagalan org trlebih dahulu lbih baik dr mmbiarkan diri sdiri gagal.. ~_~

Hafriz Mohamad said...

Ayie: a'ah kan.btul gak. hehe.. klau kita ibaratkn musuh kita kek aci x? sbb klau kek, x prlu la nk asah kasi tajam2 sgt..hihik.

Henry: erk? bru nk pikir musuh tu kek..huhu.. em..nk kne btul2 brsdia jgk la nih..

Mekaseh yer smua..
Korang terbaik lah!!! hehe ^_^

Unknown said...

ini satu perterjemahan yang baik, kamu tahu apa yang kamu tidak ketahui. jangan la putus asa dik, selagi belum mati, menuntut ilmu itu wajib. kalau tak tau orthopedic bacalah buku orthopedic utk pengetahuan (bukan utk periksa) kalau tak tau rheumotologi bacalah. bukan kah seruan membaca itu yang pertama sekali diperintahkan oleh Allah. semoga berjaya

Soul Seeker said...

insyAllah, Allah akan membantu hambaNya, dgn syarat dia hndaklah b'usaha. kamu boleh lakukannya! InsyaAllah. :)

Hafriz Mohamad said...

Not irene: insyaAllah kak.. sy akn cuba perhalusi sgala ilmu yg brkaitan dgn bdang yg akan sy tmpuh nnti..
amin..

Nur Filzati: Amin.. InsyaAllah ^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails