Salamullahi'alaikum... Terima kasih kerana sudi ziarah blog Perisai Mahkota - Tinggalkan jejak anda, komen pada entri, klik pd tempat-tempat yg boleh di klik dan jangan lupa untuk follow jugak yer..hihi. Jazakumullah khairan kathir. ^_^

Jalan Kehidupan

Monday, April 25, 2011

Merasai Penderitaan Mereka

Salam bertemu kembali..

Eh, sempat lagi update blog? Kata sibuk..
Emm..hehe. Sempat jer. Bukan apa, daripada menanggung keboringan tahap 'bapak gaban', rasanya lebih baik kita berkongsi-kongsi sikit sebanyak pengalaman berkaitan dengan kehidupan. Melihat dan mentafsir apa yang telah atau sedang berlaku sepanjang perjalanan hidup menuju kedewasaan.. dari sudut pandang yang berbeza. Memujuk jiwa ruhiah, memperkasa semangat lahiriah. Mungkin.. ^_^

Kalau korang nak tahu, hari ni adalah hari pertama aku ditempatkan di wad ortopedik Ipoh, dan di sinilah merupakan penempatan klinikal yang terakhir bagi aku untuk sem 5 ni. Lepas ni 'osce', pastu nak siapkan research dan.. EXAM!!! huhuhu~ very very dislike episode... Nak tak nak, kena buat-buat nak jugaklah.. kalau tak, macam mana nak teruskan hidup. kan3? hehe (memujuk diri sendiri..)

Ok lah.. kita terus masuk kepada topik..

Waktu posting, memang hari-hari tengok orang sakit.. Kadang-kadang, aku pernah berangan-angan untuk cuba merasakan apa yang mereka rasa. Ingin menyelami penderitaan yang mereka rasakan.. persoalannya, dapatkah aku merasakan kesakitan mereka di saat aku masih hanyut dalam nikmat kesihatan ini?

Betul lah orang cakap, nikmat sihat akan kita rasai bila datangnya waktu sakit. Dulu kumpulan nasyid RAIHAN pernah mengolah sebuah lagu yang disedut dari kata-kata ulama' tentang ingat lima perkara sebelum datangnya lima perkara.. kenapa perlu ingat lima perkara tersebut? Tak lain tak bukan adalah kerana..

   Nikmat SIHAT akan mula kita rasai apabila datangnya SAKIT..
   Nikmat MUDA akan kita rindukan bila datangnya waktu TUA..
   Nikmat LAPANG akan kita rasai di saat kita keSEMPITan..
   Nikmat KAYA akan kita sesali setelah ditakdirkan jatuh MISKIN.. dan,
   Kita akan mula merasakan betapa nikmatnya HIDUP apabila kita MATI!

Begitulah hidup. Aku, kau, mereka dan siapa sahaja akan melalui proses ini. Kerana ini adalah proses lazim dalam sesebuah kehidupan. Kata sang 'alim, hidup ini ibarat roda. Hari ni kita senang dalam nikmat kesihatan.. tak mustahil, dua atau tiga saat dari sekarang, ALLAH SWT akan menarik balik nikmat itu. Dan secara automatiknya, kesenangan tersebut akan terus digantikan dengan susah dalam kesakitan.

Inilah yang aku rasakan sepanjang posting untuk sem ni. Bila aku renung sorang-sorang pesakit yang terlantar atas katil ataupun yang datang untuk nak menyambung rawatan.. aku jadi terpikir sorang-sorang. Mengelamun.. lebih kurang macam tu lah.

Contohnya bila tengok pesakit yang datang untuk menyambung rawatan selepas kemalangan teruk, sampaikan patah riuk habis tulangnya. Luka terbelah hingga nampak isi dalam. Waktu tu aku pikir, "adakah aku pun akan turut merasakan penderitaan sepertinya kelak?"

Na'uzubillah.. mintak dijauhkanlah dari semua tu.. Tapi, aku lebih merelakan diri aku berpikir benda-benda macam tu. Sebab bila aku duk pikir-pikir macam tu lah.. aku jadi teringat balik dosa-dosa lama yang tersangat-sangat banyak. Seakan tak terampun... ~_~ astaghfirullah..


Melihat pulak pada pesakit yang sudah hilang sebahagian anggota badan. Putus kaki, tangan.. ataupun yang terpaksa dipotong disebabkan alasan-alasan tertentu. Luka pulak bukan sembarangan.. teruk! Siap dengan bernanah, berulat.. ~_~ huhu..

Aku 'terduduk'.. Melihat tangan dan kaki yang aku miliki sekarang. Aku kembali sedar bahawa yang semua ini hanyalah pinjaman. Kelak sampai waktunya, aku akan serahkan balik kepada Penciptanya. Kalaulah dalam masa beberapa tahun lagi, aku pulak yang akan merasai kesakitan (jasad dan batin) seperti mereka. Mampukah aku tabah dan redha merimanya? Kuatkah 'dalaman' aku untuk menganggap itu semua takdir ALLAH? tak terjawab.. kelu!

Maha Suci Allah.. sesungguhnya tiada apa pada diriku kini, kecuali hanya milik-Mu semata-mata. Mungkin kita tak nak untuk diuji dengan cara sedemikian.. Tapi ingatlah, ia tak mustahil berlaku.. kerana segalanya telah ditentukan oleh ALLAH dan akan terus kekal tersimpan dalam rahsia PENCIPTA.

Huhu.. tak tau nak citer macam mana dah.. Kalau boleh nak tulis semua apa yang aku rasa.. Tapi kang panjang berjela pulak jadinya..(ni pun dah berapa kilotmeter dah perginya ni..) So, aku berhenti kat sini dulu la yer. Selebihnya, kita pikirlah sama-sama.. Yang baik, kita ambil, simpan dan jadikan amalan. Manakala yang buruk..kita ambil, simpan dan jadikan sempadan.

Sedikit peringatan.. jangan berhenti berfikir tentang hakikat diri, kerana di sana kita akan beransur-ansur mengenali siapa diri kita. Justeru, lama kelamaan kita akan mengenali.. ALLAH adalah PENCIPTA segala ciptaan. Tiada lain, hanyalah DIA!

wallahua'lam...

6 comments:

amny said...

syukur ngn nikmat tuhan bagi....^^

fizalinolie said...

Itulah hakikat yang perlu kita terima, hidup ini pinjaman semata-mata.Akak suka dgr lagu demi masa ni. Hehe. Tu lah yg akak selalu ingatkan pada diri akak. Selalu bermuhasabah diri dan sentiasa menjadi cermin kpd diri insyaAllah.... Kita tidak akan tersasar dari pegangan. InsyaAllah..

Anonymous said...

Apa yang kita ada sekarang ni melupakan kita tentang erti syukur. Bila sudah ditarik Allah kenikmatan itu baru terasa akan kehilangannya dan kerugian kerana selama ini kita tak menggunakan kenikmatan yang Allah beri pada jalan yang betul. Semoga kita akan selalu bersyukur dengan apa yang Allah anugerahkan kita selepas ini.

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

as salam, hari nie kita tengok org sakit...esok lusa giliran kita pulaa...tunggu jer lerrr...

hans said...

ar ar
masa ku kena denggi dulu pun
ku lihat orang2 yang sakit depan dan tepi aku
memang insaf gila
rasa bersyukur sangat sebab aku lebih sihat dan kuat daripada mereka

Hafriz Mohamad said...

Sntiasalah kita brsyukur trhadap stiap pmberianNya..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails