Salam diskusi..
Betul kan? Tak semua suka kita...
Inilah namanya 'kehidupan'. Kalau semua suka kita, hari-hari kita hanya dengar pujian dan sanjungan. Dengan sebab itu, kita akan hanyut dalam dunia sendiri. Seronok memang seronok, tapi hidup kita akan jadi statik. Tak banyak yang berubah (ke arah positif)..
Kalau ada perubahan pun, mungkin lembab. Atau boleh jadi perubahan itu bersifat negatif sebab kita akan mudah jadi takabbur, riya' ataupun 'ujub.

Kalaulah Allah jadikan alam ini satu warna..agak-agak cantik tak ? Mesti tak kan...
Maka, sedarlah kita bahawa hidup ini perlu diwarnakan. Kadang-kadang warnanya cerah, terang.. atau mungkin jugak kadang-kadang tu boleh jadi suram dan gelap. Siapa yang mencorakkannya?
Pertamanya adalah dari diri kita sendiri.. kemudian dari orang yang di sekitar kita.
Kita boleh buat orang suka pada kita. Sebagai contoh, kita berdiri di atas sebuah pentas pidato untuk menyuarakan hak sejagat. Maka berderetlah orang yang ikut kita disebabkan jelas keikhlasan perjuangan pada kata-kata yang kita luahkan. Dengan laungan sokongan dari penyokong, kita akan merasakan betapa indahnya hidup disanjung. Tak kurang jugak, kita mungkin menerima pangkat kebesaran dari sultan atau pembesar negeri.
Tapi.. tak semua suka kita. Dalam jutaan peminat, kita perlu akui bahawa masih ada ribuan musuh yang benci dan sering menghina kita di luar sana. Lebih teruk lagi, kita mungkin difitnah dan dikeji sesadis mungkin. Oh, itulah dunia..