Salamullahi'alaikum... Terima kasih kerana sudi ziarah blog Perisai Mahkota - Tinggalkan jejak anda, komen pada entri, klik pd tempat-tempat yg boleh di klik dan jangan lupa untuk follow jugak yer..hihi. Jazakumullah khairan kathir. ^_^

Jalan Kehidupan

Sunday, April 10, 2011

Bintang Yang Tak Popular

"Twinkle twinkle little star..
How I wonder what you are.."

Wah3! Bukan main seronok lagi nyanyi yer.. Senang hati nampak! hehe..

hensem berbaju melayu ^_^
Erm.. bukan apa. Bila tengok orang seronok duk citer tentang Anugerah Bintang Popular, terasa jugak la nak citer-citer..hihi. Tapi kalau aku dah start berciter, aku akan citer yang luar dari kebiasaan.

Hah! Luar biasa. apa tu?

Ok.. kalau nak tahu, aku citer sekarang. Tapi dengan 1 syarat, korang kena baca citer ni sampai habis. Kalau tak, korang akan tertinggal point-point yang best. Best sangat ker citer nyer?

emm... bagi aku best la sebab aku yang tulis. hik2.. Tapi terpulang la kat korang nak nilai macam mana. Mungkin ada yang suka dengan gossip..akan minat citer ni. Bagi yang tak berapa nak ambik port, rasanya dia akan tengok buat dek je lah... hihi.

Umum dah tahu, Shaheizy Sam ni adalah Bintang Paling Popular untuk sesi ABP-BH 2010. Dah kecoh semua tempat dah yang mengatakan dia ni adalah layak menjadi 'bintang paling fofiular'. Oppss... terlebih sudah.. :P

So, korang dapat agak tak apa yang aku nak citer ni?
Baiklah2.. aku citer sekarang..

Sebenarnya, aku tak nak citer pun tentang si Shaheizy Sam ni.. Takder kaitan pun dengan mamat tuh..tu cuma intro jer..(biasa la, entri aku..hehe) Sekarang baru lah nak masuk kepada isi penting. ^_^
Tajuknya masih sama.. 'Bintang Yang Tak Popular'
Siapa yang aku maksudkan tu?

Berdasarkan sebuah Hadis Rasulullah SAW maksudnya:
Rasulullah bersabda: 
إِنَّ مَثَلَ الْعُلَمَاءِ فِي اْلأَرْضِ كَمَثَلِ النُّجُوْمِ فِي السَّمَاءِ يَهْتَدِيْ بِهَا فِيْ ظُلُمَاتِ الْبَرِّوَالْبَحْرِ فَإِذَا طَمِسَتِ النُّجُوْمُ اَوْشَكَ اَنْ تَضِلَّ الْهُدَاةُ 
“Seumpama ulama' di bumi adalah seperti bintang-bintang di langit yang memberi petunjuk dalam kegelapan di daratan dan lautan. Apabila dia terbenam, maka jalan akan kabur”. (HR Imam Ahmad)

  

Ya, mereka lah bintang yang aku maksudkan. Dan mereka jugak lah 'bintang tak popular' yang aku maksudkan. Kenapa aku cakap mereka tak popular? Sebab dah memang begini situasi akhir zaman, kita (aku) lebih mengenal artis daripada ulama'-ulama'.

lihat wajah-wajah ketenangan wali-wali Allah

Kita ni mudah sangat lupa kan? Kalau bukan kerana jasa dan pengorbanan ulama'-ulama' nih..dah tentu nama kita sekarang tak pakai 'bin' atau 'binti'.. Bermaksud, entah Islam atau tidak kita nih..~_~ Yang sedihnya lagi, kita berbangga sangat-sangat kita Islam, tapi bila ditanya dari mana Islam datang? Kita tak tahu macam mana nak jawab..

Siapa mereka?
  

Kata kita: "Cukuplah Ayah aku dan Mak aku Islam.. maka aku pun Islam. Oh, mudahnya aku Islam kan"
Peliknya, bila ada individu yang cuba menghina Islam..kita lah orang pertama yang bangkit membela kesucian nama Islam, kononnya. Tapi tak sedar, rokok masih di tangan.. lutut masih ternganga. Yang kaum Hawa pulak, masih 'membalut' aurat..tak pernah-pernah berusaha untuk menutup aurat! Inilah akibat meletakkan artis mengatasi ulama'.. huhu~

Inginku duduk bersama mereka lagi... ~_~

'Huhu... ulama' oh ulama'.. Sampai bila-bila pun kalian takkan dikenali dan dikenang jika kehidupan umat Islam akhir ini masih leka dengan dunia. Bukan salah kalian kerana tidak memperkenalkan kami tentang ajaran Rasulullah SAW, tetapi kelalaian ini adalah dari sikap kami sendiri.. ~_~ Maafkan kami wahai Sang Pewaris Para Nabi..'

Benarlah.. Mereka adalah hero kita! Tapi hero yang tak didendang.. Merekalah kerdipan-kerdipan bintang yang sepatutnya kita sanjung..tapi kita sengaja membiarkan kerdipan itu malap dan takder sorang pun yang peduli. Sebab itu sekarang ni.. kita ibarat sudah hilang arah tujuan! Bintang (petunjuk) yang sepatunya kita ikuti, telah kita musnahkan akibat dari tangan-tangan kita sendiri.

Ayuh sama-sama kita mengorak langkah ke hadapan!

cukuplah sekadar itu...
Bagi sahabat Perisai Mahkota yang berminat nak tahu lebih lanjut berkenaan kisah hidup perjuangan bintang-bintang ini.. boleh lawati beberapa web yang menceritakan tentang mereka secara detail.

contohnya : http://pondokhabib.wordpress.com/http://pondoktauhid.blogspot.com/http://al-fanshuri-kenaliulama.blogspot.com/http://tamanhabaib.blogspot.com/http://kasihrasul.blogspot.com/http://mohaz.blogspot.com/,  dan banyak lagi...

Sekian di sini dulu..
wallahua'lam..

19 comments:

ghost said...

biasalah public figure lebih dikenali dari mereka yang low profile..hanya dikenali oleh mereka2 yang berada dalam saf dan sealiran sahaja..

minta maaf,saya masih merokok.ketika membaca entry nih di jari saya terselit rokok.hihi

btw,mekasih atas peringatan.semoga sampai pada tujuan.

Anonymous said...

Itulah dia realiti kehidupan zaman sekarang. Kalau nak tanya pada budak-budak idola siapa banyak yang cakap nak jadi Pehal Tahi laa, Era Pajera laa. Susah nak jumpa orang cakap nak jadi seperti Rasulullah s.a.w, nak jadi seperti Zikir Naik. Islam zaman sekarang umpama buih dilautan. Orang Islam ramai tapi tak berguna.

Hafriz Mohamad said...

Ghost Writer: akhirnya GW smpai juga ke blog kerdil ni.. mekaseh yer. ^_^

ttg rkok..sy x kisah sgt.. Pndpt kita brbeza (mgkin). tp bnyak prsamaan antara kita yg bleh kte ltakkan d hdpn.
Insnya Allah.. smoga smpai pd tujuan.

Hafriz Mohamad said...

Miss Tira: Era Pajero kah? hihik..
Mgkin nt ditanya, siapa idola kamu? jwbnya... Usop Wilca. aduss.. roshak2...hihi.

Yup.. kuantitinya tinggi, kuantitinya tramat rendah.. ~_~
mekaseh krn sudi komen. :)

EzayHadry said...

realiti sekarang memang camtu..remaja2 dan kita sekarang lalai dengan hal keduniaan..pape pun memang nice entri..ingat mengingati memang amalan murni, lagipun manusia memang lupa..

Hafriz Mohamad said...

mngejar hal kduniaan itu xde slhnye..
cume kdg2, brlebih2.. itu yg jd mslh..

huhu.. aku pn same jer.. ~_~

Soul Seeker said...

dunia akhir zaman, ulama yang spatutnya lebih berseri bintangnya dibiarkan pudar, padahal tanpa mereka sudah tentu laa 'bintang2 fofiular' tu takkan hidup atas nama Islam. wallahua'lam. :)

Hafriz Mohamad said...

emm.. mslhnye. 'fofiular' sgt ker diorg tuh? prasan jer sbnarnye, kot...hehe~

Cik Anita said...

salam ziarah..

erm, nak cerita pasal apa ni? tak paham-tak paham. Cuba cerita lagi bagi panjang dan jelas. :)

fizalinolie said...

Assalamualaikum Riff, thanks yer kerana sudi singgah dan follow blog saya. Slmt berkenalan. Entri Riff ini sungguh menarik. Di akhir zaman ini, ramai manusia terlalu fanatik dgn kehidupan duniawi sehingga lupa akan akhirat. Syabas Riff! teruskan usaha Riff dalam dunia blogging. Keep in touch.. Heeee, lepas ni kena hati2 la akak entri pasal kesihatan... Heee, nanti kena kutuk ngan riff... Heee

Wafiy Suzly said...

baca komen komen di atas, memang ramai blogger yang mmbuka mata, bagusnya

Rafi Nilhan said...

dunia.. dunia.. er.. tak tengok ABPBH aritu.. miss plak.. haha

Hafriz Mohamad said...

Cik Anita: emm.. nk jelaskn cmne yer.. rsenye dh jelas kot.. hihi.

Fiza: wa'alaikumussalam..
salam prkenalan jugak bt akak. hrmm.. ragam umat akhir zmn, mcm ni lah.. trmasuk sy jugak..huhu.
mekaseh kak cz sudi lawat blog sy. Tp..nme sy Hafriz..bkn Riff..ayoyo. hehe

Hafriz Mohamad said...

Wafiy: tp..rsaunya tkut pasni aku yg sngaja mmejamkan mata slps brjaya mmbuka mata org lain..huhu~
smoga Allah thabatkn hati aku ni.. ~_~

Rafi Nihan: erk? jujurnya aku tgok.. tp sedut2..hihi~
sajer nk tau gak ape yg ade pd mlm tuh..huhu.

amny said...

program tu lebih ke arah kemaksiatan..eerrmm...artis2 berpakaian seksi...artis plak dijadikan idola..macamne laa orang xmakin rosak..ermm..

Hafriz Mohamad said...

erm.. wallahua'lam..
x brani nk komen ttg prgram tu. sbb sy sndiri pn tgok gak..hihi~

cume bg kte yg awwam (biase2) ni.. seeloknya knal jgk lah ulama' wlaupun minat sesangat dgn artis. ^_^

EJA said...

iye setuju dgn saudara skg ramai yg menjadikan artis idola mereka berbanding menjadikan nabi dan para ulama sbg contoh idola yg terbaik buat mereka :(

Hafriz Mohamad said...

ya, smoga kita diberi ruang waktu utk knali mrk dgn lebih dkat dan mrasakn nikmat iman dan islam brsama mrk.. InsyaAllah.

Sandra Azwan said...

Pelik...macam mane die nie boleh menang...;-P

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails